Ads 468x60px

,

Thursday, November 5, 2009

Exam

Hari merupakan hari terakhir final exam kpli aku yang bermula pada hari selasa yang lepas. Nak dijadikan cerita,4 hari sebelum exam, aku demam.... teruk jugak la demam tu, dah la ku ni belum study apa-apa lagi, nasib baik hari ketiga tu dah beransur sihat, boleh laa belek sket buku. tapi aku masih risau sbb cam ada simptom-simptom demam denggi seperti ruam, demam sampai 40c, lenguh2 sendi. so sebagai langkah berjaga-jaga, minum air bebanyak.

Paper yang pertama ialah ilmu pendidikan pada 031109 iaitu hari selasa yang lepas. Alhamdulillah boleh jawab dengan baik. diikuti math study paper 1 and then hari paper 2.

Hurrraayyyyyy.....

Dah setel dah semuanya.... dh x der yang duk risau lagi. Skang ni mengira detik untuk meniggalkan IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Perasaan sedih tu dah mula hadir.

Esok bermula lah kursus. tp ok lah, enjoy jer lah x stress mcm nk exam pun.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sunday, October 25, 2009

24.10.2009

semalam adalah hari yang cukup bahagia bagi aku, hanya siapa yang berkenaan sahaja yang tahu.....
tak dapat digambarkan atau diluahkan dengan kata-kata.

seperti iklan yang pernah mengutarakan ayat ini :
" 5 saat sentuhan lebih bermakna dari 5 minit luahan kata-kata"

aku hanya nk fokus pada luahan kata-kata je sbb x dapat aku nk wakilkan dengan perkataan yg keluar dari mulut ini bagi menunjukkan yang aku sggh......terharu n happy.

dah abis coretan untuk kali ini...

maceh

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Interview

Dah lama rasanya aku tak update blog ni..... huhuhhu, ntah rasa malas plak sejak akhir2 ini.

27/10/09 ni aku kene hadiri satu interview kt SPP untuk pengesahan jawatan sebagai PPP. Banyak jugak laa yang nak kene study. haduii... malas tul nk study, tp kene kuatkan semangat jugak. Nasib baik ada pemberi semangat yang sentiasa menyokong aku... terima kasih,hehehe makin ...~lalalalala~.

Antara bahan/topik yang menjadi bacaan aku untuk 3 hari ni seperti berikut :
- PIPP
- FPK
- Sejarah Pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka
--> Penyata Razak(1956)
--> Laporan Rahman Talib(1960)
--> Akta Pendidikan 1961
--> Dasar Pelajaran 1979
- KBSR
- Transformasi kurikulum Prasekolah dan sekolah rendah
- tonggak 12
- isu semasa (H1N1, NKRA(bidang keberhasilan negara), bajet 2010)
- visi misi SPP n maktab.

Selain itu juga aspek yang perlu ditekankan juga termasuklah:
- pengetahuan akademik berdasarkan opsyen yg diambil
- konsep teori pedagogi dan psikologi
- metadologi dan pengkaedahan matapelajaran yang diajar dgn tumpuan khas kepada aplikasi di dala bilik darjah.
- wawasan 2020.

banyak jugak bahan yang perlu dibaca ni. Aku harap hari selasa nanti aku dapat menghadapainya dengan tenang....

SESIAPA YANG MEMBACA BLOG NI KU POHON, DOAKAN AKU SUPAYA BERJAYA DALAM INTERVIEW INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, October 10, 2009

Lawatan sambil makan

Rumah terbuka sememangnya begitu sinonim tatkala syawal menjelma. 30 hari di bulan syawal digunakan seadanya oleh individu, organisasi mahupun persatuan untuk mengadakan rumah terbuka. Kadangkala sampai 5 rumah terbuka sehari yg perlu ziarahi (ini merujuk kat kawan aku, hehehee). Amalan rumah terbuka ini sememangnya perlu diteruskan selaras dengan matlamat 1 malaysia. sesiapa saja boleh datang melawat atau menziarahi rumah terbuka. Dengan adanya rumah terbuka ini secara tidak langsung dapat mengeratkan tali siraturrahim sesama insan. sempena bulan yang mulia, bermaafan lah kita atas segala salah silap yg telah kita lakukan.

Sempena bulan yang mulia ini, salah seorang daripada kami(math2) mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka untuk kami semua yakni kelas math 2. Rumah yang terletak di Putera Mahkota milik Fauziah bersama suaminya menjadi destinasi rumah terbuka kami. Pada tarikh 07 Oktober 2009 yang lepas kami beramai-ramai menyebu rumah Gee. Wajah ceria dan gembira jelas terpancar di wajah Gee apabila kami mengunjungi rumahnya....

Kami bergerak selepas class terakhir pada hari rabu iaitu pada jam 11.00 pg. 5 biji kereta dan sebuah motosikal menuju ke rumah Gee. Minah rempit Math 2 tekad ngan motonya untuk pergi ke rumah. Memang dah tak boleh berpisah ngan motornya tu....

Sesampai jer di rumah Gee, orang2 yang berkenaan dengan pantas menjalankan tugasnya...
Menu yang tersedia...eh kene sediakan lah adalah Kuih-muih raya, satey dan mee kari. Air oren disediakan untuk membasahi tekak. Air bergas juga disediakan bagi yang menggemarinya dan air kosong untuk yang mahu jaga suara, kononnya....

Sudah tiba masa kami pulang, tak kan nak tidur rumah Gee kot.... Umairah yang happy apabila pakcik2 dan makcik2 menghulurkan duit raya.... den kayoo(kata Umairah)

Thanks Gee atas semuanya.

Aku dpat snap beberapa keping gambar untuk dilampirkan dalam laporan(ceh cam kene wt laporan lak)....




















Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

Walau raya dah berlalu tp masih dalam feel raya lagi ni....hahhhaaa
Raya tahun ni banyak peristiwa yang berlaku dan ia cukup berbeza dgn thn2 yang lain. Jadual raya mmg penuh bermula raya pertama hingga raya ke-5..... kebiasaannya, raya ke-2 dh duk umh. x beraya kt mana mana pun

Raya tahun ni aku dapat seorang lagi anak buah. Pada hari raya ke3 baby boy dilahirkan di hospital tanah merah..... dr besut nk ke tanah merah punya lah lama.... hampir 3 jam setengah rasanya aku drive dr umh kehospital tu.... maklumlah hari raya, jln penuh ngan kete, pastu ditambah lagi dengan yang buat kenduri kawen. ooooiiiii lenguh gak kaki, almaklumlah kete manual......

Raya tahun ni juga amat bermakna bagi aku dan ada kisah2 yang membuatkan aku merasa bahagia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sunday, September 13, 2009

Madah Kehidupan

Puisi adalah hasil nukilan seseorang yang cukup baik hatinya. Terima kasih diucapkan menghasilkan puisi ini untuk aku. Kita hargainya..... maceh.
Firasat kala gertak andaian resah.


Sinaran itu terpancar ketika tirai dibuka,
Mengizinkan kehidupan baru buat penghuni alam,
Yang kadangkala leka dalam dilema,
Sehingga kehidupan itu menjadi suram...
Bertemankan sekeping hati mengharungi jalan,
Permata dan kaca bertaburan di singgah sana,
Seperti unggas yg hinggap di atas dahan,
Menanti sesuatu keindahan yg selalunya ada...
Indah madah bicara hiasan kata,
Menghukum alam dengan seribu andaian,
Berlabuhlah sebuah harapan dan impian,
Hilang lenyap tanpa dipayungi kekuatan..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini, saya menyusun kata memohon maaf pada semua yang view blog yang tak seberapa ni....... sesungguhnya manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, September 9, 2009

Mencanting Batik

Hari ini aku dapat satu pengalaman baru di sekolah. Disebabkan tiada pengajaran dan pembelajaran selama tiga hari, aku bersama beberapa orang guru praktikal dan guru sekolah leftenan adnan berkesempatan untuk melakukan aktivit mencanting batik.... ternyata bukan senang untuk melakukanya....

Ini adalah antara bahan dan alatan yang digunaka untuk mencanting.
































Ini capture memory yg bleh aku kongsi bersama
















inilah hasilnya selama 2 jam kami bertungkus lumus membuatnya... esok kami akan sambung lagi untuk melakukan kemasan

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Monday, September 7, 2009

Terasa

Hari ni aku terasa dengan kata-kata dr salah seorang kawan aku....... sbg seorg manusia biasalah tu kan.... aper pun x elok disimpan dalam hati. Biarlah ia setakat arini je.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Monday, August 31, 2009

Cuti seminggu

Hmmm.... lama betul rasanya aku x update blog ni. cuti seminggu balik kg ah. x der mase dah nk main tenet ni. sepanjang seminggu duk kat kg ingat nk buat lesson plan lah sket, at least ready tuk seminggu. hmmm cam biasalah, klau dah blk kg, bkn kata nk buat, laptop pun aku tak on... x der mood nak buat. lagi pun org bg cuti... kita cuti lah puas2

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday, August 13, 2009

Suratan atau Kebetulan

lagu ini dinyayikan oleh Kenny, Remy & Martin. kenapa aku post kn kt cni...... suka ati aku lah heheheheee. sebenarnya lagu ni mmg menyentuh sampai ke tulang sum-sum. huhuhuhuhu.... sedey beb.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, August 8, 2009

Keris Perak

Walaupun masih penat, aku gagahkan jari jemariku ini untuk menaip keyboard laptop ni. Sebenarnya aku br balik dr program Perkhemahan dan Ujian Keris Perak untuk Pengakap Peringkat Sekolah, itu yg penat sket ni.
Perkhemahan ini bermula pada 7&8/08/09. Seramai 42 orang pelajar mengikuti, 27 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Seramai 7 orang pelajar dari sekolah Sg Tekali bersama-sama menyertai perkhemahan ini.

letih nk menaip.... samb esk. hahahaa

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday, August 6, 2009

H1N1 at my school

Hari ni pagi2 aku dpat berita yang agak menggusarkan. Sebenarnya, smalam dh ada ura-ura, tp lum sahih lagi. Sampai jer pagi ni, confrim seorang pelajar ni dh dijangkiti dengan H1N1. Aduh risau beb, tipu ah klau x risau. mintak jauh laaa.... Pelajar yang kene ni pelajar prasekolah. Aku mmg selalu lalu ikut ctu klau nk pegi kelas. Dah ramai aku tgk pelajar yg pakai mask p sekolah. masuk kelas pun dah rasa lain. Siap ada yang jual mask lagi. Setakat ni x der lg cikgu yang pakai mask. Diharap ia tidaklah menular sehingga sekolah bercuti awal......

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, August 1, 2009

Last week of July

Hari ni aku nk berkongsi pendapat, pengalaman, perasaan sepanjang bulan July yang lalu. Banyak isu-isu yang kurang sedap didengar oleh telinga aku ni, especially pd hujung bln yang lepas(mggu lepas lah tu).
Aku mmg tak suka tuk kalau ada orang yang suka cakap-cakap belakang pantang tul, tak kira lah siapa dia sekalipun, klau rasa cam tak puas hati, timbul rasa konfius, just let me/us know, don't act like a kid laa......
i admit.... aku nyer tulisan tidaklah secantik mana, dan patut kah aku dijudgekan melalui tulisan tu, dah tulisan aku mcm tu, mmg aku penah cuba tuk ubahnya, tp susah ar, boleh tu insyallah lah, tapi nk tulis satu perenggan amik masa 1 jam aper hal......, byk benda lagi nk kene buat. tak sepatutnya kita buat andaian. nk buat andaian tak per klau yg baik, yg buruk keep it.bak kata ex asst manager aku dulu "assumption is mother fucker" sorry laaa ayatnya x elok skit.
ok, aku tak kisah semua tu..... it's learning process, kene lah hadapinya secara profesional. yg jangan simpan dalam hati....bahaya tuu.......

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, July 25, 2009

Sedikit Bengang

Kali ni aku nk berkongsi satu cerita yang menyebabkan aku rasa sedikit bengang. Hari khamis yang lepas ada la lecturer datang ke SK Leftenan Adnan untuk membuat penyeliaan, tak payahlah aku mention kan siapa dia kat sini sebab kita kena jaga juga maruah dan status seseorg itu eventhough kita sakit hati kt org tu.
Awalnya aku ok jer sebab lecturer datang sebab akunya RPH ok, Folio 90% complete cuma ada dokumen yang tak disahkan jer....
Nak dijadikan cerita, kami seramai 5 org duk dalam bilik mesyuarat dan lecturer tu minta nak tengok Folio dan Buku RPH. Start jer dia tengok, terus dia marah tang Curriculum Spesification CS(HSP) sebab kami fotostat semua bukan yang kami akan mengajar sahaja. Kalau nak diikutkan tak pe lah kan, asalkan ada. Tapi dia nak marah jugak. Aku cam biasa ah malas nk menjawab,(aku ni jenis org yg x suka menjawab) biar je dia membebel.....yg jawab... emmm... yaaaa.... ada.... tak....ok.... itu jer.
Bila dia tegur yang tu ok lagi, tapi bila masuk tang CS english, haaaa..... ini yang aku bengang sgt. Ada ke dia suh fotostat apa yang kita ajar je.... English ni integrated skill. so CSnya disusun ikut Skil Listening, Speaking, Reading dan Writting. Bkn nya sama ngan CS-CS yang lain. CS lain mmmg la ikut topic. kitorang punya lah explain, tp dia x nak terima jugak. Nak pakai dia punya jugak. Kita kena betul yakinkan dia yg kita perlu buat gitu. Tau-tau sajalah, nk yakinkan org cerewet dan susah nak terima pandangan dan pendapat org lain ni... bukannya senang. Yang aku panas lagi, dia ckp yang dia dh lama menjadi penyelia dan jgn anggap dia tak tahu. Pastu, "kamu ingat saya keluar terus besar n tua gini trus". mmg la tidak..... kan..., tapi adakah dia melalui semua jalan yang orang lain lalui. aku just nk luahkan yg terpendam jer.... skang ni aku masih panas lgi..... aku tau laaa pengalaman dan ilmu yang dia ada mmg banyak n i respect that. tp jgn la merasakan diri serba serbi tau dan perfect. sometime kita ni lupa yang kita ni ada kekurangan w'pun dalam bidang tugas yang kita dah bergelumang sejak sekian lama. Jangan lah pulak merasakan diri ni terhina klau orang yang muda menegur, memperbetul, memberi ilmu baru dan sebagainya kepada kita. kita perlu menerima hakikat yang setiap manusia ada kekurangan.
Dan satu lagi, klau kita dah tau kekurangan seseorang janganlah plak kita pergi bagitau satu dunia pasal tu. jagalah aib dan maruah org jugak.


Rasulullah mencela seseorang yang mempermalukan saudaranya, karena itulah Allah menyifati orang-orang yang mencemarkan kehormatan kaum muslimin dengan lisan mereka, sebagaimana firman Allah:

إَنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ ءَامَنُوا

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, (an-Nuur:19)

Dan senantiasa ancaman keras menanti mereka:

لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلأَخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَتَعْلَمُونَ

bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. An-Nuur:19)


Dan kebalikannya, berita gembira bagi orang-orang yang menutup aib saudara-saudara mereka, dengan tutupan Allah kepada mereka di dunia dan akhirat, seperti yang tersebut dalam hadits shahih:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat."

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday, July 23, 2009

My Mind Today



Not feeling well..... arghhhhhh...
that word can describe my mind right now...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, July 22, 2009

Solar eclipse 2009 longest of 21st century

22 july 2009. A solar eclipse swathed portions of Asia, including India and China, in near-darkness for six minutes and 39 seconds. Malaysia also able to watch this phenomenon in this morning.

The eclipse occurs when the moon covers the sun completely to cast a shadow on Earth. Below, watch video from the eclipse.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Rezeki dan Sedekah

Assalamualaikum


Aku dapat nie dari kawan kepada kawan ..kawan..kawan. .. teman ...
moga kita dapat manfaat bersama

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau
kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa
itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau
sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa
tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10.
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak
pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah
permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga
amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.
Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat
dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah
berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak
kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya
terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti
biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi
seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari

sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja
harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya
dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."

(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi

bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah

bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga

ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada
hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

assalamualaikum wrmt

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Cheerless

I'm feel cheerless today because of my pupils behavior, pupils nowadays lack of respect to their teacher's, why?. Truly, i don't want scold them while in teaching and learning session but, if them still doesn't respect, we should give them a real lesson.
Start now onward I need to change my teaching strategy, and I've try it in today lesson, it's seem working well. doesn't matter if it take more than before but the important thing is, pupil will get the knowledge that i give to them.
Various of teaching strategy should be apply in the classroom.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, July 18, 2009

Minggu Kecergasan

Minggu ni ada ko ko kt sekolah, aku terlibat dgn permainan ping pong, persatuan bahasa inggeris dan PBSM. So kena hadir ke sekolah seperti biasa, cuma sampai pukul 1200 hrs je. Minggu ni juga merupakan minggu kecergasan. Bagi menjayakannya, SKLA telah memberi tanggungjawab kepada kami (guru-guru pelatih) seramai 11 org (5-IPGM Teknik, 4-IPIS, 2-UPSI) bagi mengelola sesi senamrobik yang diadakan pada awal paginya.

Kami memilih untuk menjalankan tiga peringkat senamrobik iaitu Senamrobik asas, Poco-poco dan Chicken Dance. Tak tahu macam mana aku yang diberi tanggungjawab bagi mengetuai part senamrobik asas, padahal aku bukan minor PJ seperti 7 org guru pelatih lain. Aku tak kisah pun benda tu sebab aku memang suka senamrobik, hahahaaa.... walaupun x reti sgt. So, bermulalah aku mencari lagu dan step yg sesuai. semua tu aku kena make sure ada pada ptg jumaat jer. Mana sempat nk ingat step2 senamrobik, nk cari lagu lagi. Dalam masa sesingkat tu aku amik keputusan dgn menggunakan step ala-ala mexicana salsa, tapi aku ubah suai dgn mengasingkan step-step salsa. ini sumber yg aku dapat hehehee....



Masa bersenamrobik tu, aku start macam biasa, buat satu-satu step, budak2 ikut laaaa.... tp ada jugak yg tak nk buat(bdak zaman sekarang kerek skit, prasan hebat). mcm-mcm step kluar.... hehehe.... budak2 biasalah. Bila aku demo utk gabungan step, seperti dlm video tu dorang terkejut dan ckp x bleh ikut. aku mmg dh agak, cuma nk test jer....

lepas tu, poco-poco bermula, mas tak over. ingatkan bdak2 pandai, tp tak. s opoco-poco x brape menjadi....... x puas hati tul, x leh nk poco2, hahahhahaaa...
then chicken dance was make the session very fun and happening,hahahaaa.... bdak2 suka sgt buat chicken dance..... kiranya berbaloi jugak laa.... sesi senamrobik kami ni.

Tapi aku rasa sedikit terkilan jugak laaaa..... bukan ape, just nk luahkan je. Aku aspect cikgu2 lain akan join bersama laaaaa, ktorg dah ajak suh join skali, ingatkan cikgu2 ni nk join laaa.... sbb nampak pakai pakaian sukan, tp sangkaan aku melesit. yang aku perasan ada sorg jer cikgu yg ada ikut serta, itupun cikgu PJ. Klau cikgu2 lain join bersama, nampak meriah lah skit kan.... lg pun nak amik bukti yg aktiviti kecergasan dijalankan di sekolah........

Badan Cergas, Minda Cerdas
Bersukan lah utk diri sendiri, kerana tenaga kita akan disumbangkan kepada negara walaupun secumit cuma...... :-)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday, July 17, 2009

Miliki Mental Yang Sihat


1: Luahkan / kongsi masalah dengan orang lain.
Cara ini membantu kita meredakan rasa stress, marah atau sedih dari terus terpendam di
dalam hati. Kadangkala dengan cara ini, perasaan syakwasangka dan buruk sangka terhadap
sesuatu masalah dapat diselesaikan.

2: Luaskan pergaulan.
Anda boleh mengambil langkah bertemu semula dengan kawan-kawan lama. Disamping itu,
cuba-cuba libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab. Fikiran anda akan lebih
terbuka disamping pelbagai pengalaman baru dapat dirasai.

3: Membaca. Penuhi waktu sebaik-baiknya.
Selain itu, anda juga boleh berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara,
jiran dan kawan

4: Jaga kesihatan diri.
Bersenam lah selalu. Selain itu makan lah makanan yang seimbang dan minum air yang
banyak.

5: Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.
Anda boleh melakukan aktiviti seperti bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar. Pastikan
diri sentiasa ceria/gembira.

6: Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa.
Luaskan pengetahuan dan pemikiran anda. Pelbagai input baru serta pengetahuan dapat
dipelajari dan dikongsi bersama.

7: Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek.
Cara ini membantu menguatkan fizikal, daya ingatan serta daya tumpuan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, July 15, 2009

Second Time

Today i've done observe by my lecturer for second observation that is needed in praktikum. I just have half hour to teach a new topic today, but i have problem in choosing subtopic to teach, if i take two learning out comes it doesn't have enough time, and if just take only one, it have more time. is Another problem is this topic is hard to do an activity and also because of weather/time. it's not suitable if i bring them to field at 12.30 pm.
.....so, overall for today lesson is ok and need more improvement.... hehheee.... buat yg terbaik lah... fisabilillah...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday, July 14, 2009

Tak larat...

Hari ni macam biasalah pegi sekolah. Masuk ngajar math arini aku rasa cam happy sket, bdak2 pun nampak ok. itulah klau masuk mengajar semua dah ada dalam kepala, x yah nak refer2 lesson plan. janji ilmu yang nak kita sampaikan kepada pelajar tu dapat diserap sebanyak mungkin oleh pelajar atau dengan kata lain onjektif lesson hari ni tercapailah....
alhamdulillah.

Tapi lepas makan pagi, aku rasa semacam jer x sedap bdn.... x tau kenapa????? klau bahasa klantan org panggil "knaling".....

malam ni nk kene prepair lesson plan tp sakit kepala lak, pening, pastu dh rasa ngantuk... nak buka mata pun ssh, yg penting worksheet dh siap print. tp tulis blog sempat plak.... aper daaaa....
tulis blog ni ubat tidur lah ni.. heheheee....
that's all 4 2day.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday, July 10, 2009

Tentang aku

Masih tinggal tanda tanya.... betulkah aku macam ni, sebelum ni x der pun orang bgtau yg aku ni ada sikap-sikap yg begini. Sebenarnya, aku masih confius, adakah aku ni betul-betul layak untuk bergelar seorang guru. Terus terang aku katakan yang aku ni bukanlah minat sangat menjadi seorang guru, tapi bukan tak der langsung minat tu, cuma aku rasa diri aku masih belum sempurna untuk menggalas tanggung jawab yg amat besar ini. Kesukaran menjelaskan sesuatu perkara kepada orang lain sebenarnya menjadi batu penghalang aku menjadi seorang guru.

Mengikut seorang rakan praktikum aku, dia menyatakan aku ni ada perwatakan seorang guru dan menambahkan lg ciri seorang guru versatil, aku ni ada unsur-unsur kecindan. Unsur kecindan mungkin ada la...... Aku juga telah menjelaskan yg aku ni tak sesuai menjadi seorang guru kerana masalah yg aku nyatakan td. "mungkin ko ni nk perfection kot". betulkah aku ni seorang yang inginkan perfection??? mungkin betul kot.... sebab ini bukan kali pertama dan bukan seorang yg menyatakan demikian. Bila muhasabah dan berfikir, hmmm.... ada jugak la sikit-sikit. Tapi aku tak pernah perasan pun. mmg lah x kan kita leh nampak, kita ingat kita buat ni cam biasa je. tapi dari mata orang lain, kita tak tau.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI 2012

kan........

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Headache

Headache......huhuhuhu. wanna finish my english lesson plan for tomorrow lesson but .... hmmmm . i feel uncomfortable to teach english class tomorrow.....arghhh... why???....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday, July 7, 2009

Observation

Malam tadi aku tidur lewat dari biasa semata-mata nak siapkan teaching aid untuk hari ni. Kenapa dengan hari ini ya......
hahahaa.....
Hari ini merupakan ujian tahap/keupayaan aku sebagai seorang guru. Mr Lau Hah, Lecturer yang bertanggungjawab dalam menyelia aku dan member aku sepanjang Praktikum ini. Anxious? Cuak? kenaling?ddebo?kecut perut?..... mmg le. Tapi aku mmg berbanyak terima kasih kat pelajar kelas 5B ni, diorang bagi kerjasama yg baik..... mmg aku x sangka betul, sebelum ni mmg agak bising dan ada sedikit masalah lah, biasalah budak-budak kann.... sebelum ni aku mmg ada pesan supaya diorg bagi kerjasama semasa lecturer aku datang, so thanks wahai pelajar kelas 5B. Bagi menghargai kerjasama diorang, aku kene bagi something kat diorang semua. tapi nak bagi aper ek?
Lagi satu yang mengurangkan aku punya gemuruh adalah Mr Lau Hah yang cukup faham situasi kami sebagai guru pelatih yang dahagakan ilmu, pengalaman dan tunjuk ajar dalam menyiapkan diri menjadi seorang guru yang versatil, kreatif serta dapat merealisasikan falsafah pendidikan negara . Terima kasih Mr Lau Hah yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami.
Itu kelas 5B untuk subjek Mathematics, yang aku risau skang ni plak adalah Minor iaitu English untuk kelas 5C. I'm just enter this class 2 time before. So, a lot of thing i didn't know yet about this class. I'm just can figure out the main problem in this class including they hard to understand when i speak fully in English, a little bit noisy and hard to control this class. Hopefully i'll able to manage this class and make them happy when learning English. I'm feel cheerless lah..... if can't manage this class. It's make me challenge to myself.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Monday, July 6, 2009

Buat baik di balas baik.

Hari ni sebelum aku balik dari sekolah, mengelabah aku kejap, cari kunci motor x jumpa x tau duk tang mana.....last2 dlm pencil case. punya cari sampai dalam kelas, menggangu cikgu br nak mengajar plak tu....hahaahaa.... segan gak sposen.
Masa dlm perjalanan balik aku singgah jap kat gerai tepi jalan area uniten tu tuk pekena rojak dan air cendol. mmg dh lama aku nk sggah tp rasa malas jer.... entah nape arini aku singgah jugak.

Masa aku nk p duduk kat gerai tu, ada laa sorang abang ni ajak aku duk skali.....aku duduk ah, lagipun aku sorang je.... kiranya ada la teman nk bersembang kan..... dr perbualan kami, abg tu dtg dr kl br balik dari putrajaya katanya ada keje sket, dia just pesan air cendol je.... selepas beberapa minit dia dh nk gerak, dan x semena-mena dia bgtau "tak pelah biar saya bayar" aku cakap x payah lah bang...... segan lak saya.
pastu dia nk bayar gak, aku ok je lah... pastu dia berlalu pergi.

Dia membuat aku terfikir sejenak, murah lak rezeki aku arini...... bukan nilai harga yang aku fikirkan, tapi ada gak orang x kenal bayar untuk kita. mungkin ia datang dari apa yang kita berbuat baik sebelum ni tanpa meminta balasan. "Buat Baik dBalas Baik". Sabtu lepas aku ada tolong makcik tu tolak van dia, kesian lak aku tgk. org lain cam pandang je, x der riak aksi nk tolong. klau yg tolak tu budak laki aku tak kisah sgt. dah laaa nk melepasi bonggol lak tu.

So, jangan takut berbuat baik. dan jangan pula kita berbuat tu mengharapkan balasan. biarlah fi sabilillah

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sunday, July 5, 2009

Berhakkah kita untuk menilai??

Semalam aku pergi rumah akak aku nk pegi melawat anak sedara yang baru keluar wad. Alhamdulillah, nampak semakin baik. Sambil lepak2 kat sane tu, aku ada lah amik satu majalah ni, belek2 pastu mata aku terpaku jap dengan satu article tu. aku just skimming jer, malas nk scan for detail laaaa.....hehehee. Klau korang nak baca dengan detail belilah majalah "Keluarga" (bkn nk promote ekk...) edisi July 09, yg latest nya. Article tu berkisar mengenai pasangan seorang cleaner dan seorang anak kenamaan.
Apa yang aku nk kongsikannya disini adalah "Berhakkah kita menilai pasangan/perhubungan itu samada sesuai atau pun tidak? mcm pinang dibelah dua ke enggan ngan pipit ke langit ngan bumi ke atau apa lagi istilah lah.....kenapa orang suka menilai sesuatu perhubungan tanpa mengambil hati dan perasaan pasangan tersebut.
"cinta itu buta" aku rasa tak semua faham dengan 3 perkataan tu, dan ada yang kurang memahaminya. Klau sorang tu kaya berpangkat dan sorang tu keje sebagai cleaner je.... adakah itu yang ditakrifkan cinta itu buta dan berhakkah kita berkata demikian???? cuba anda fikirkan. tapi bagi aku, jika dia membuat pilihan yang tepat dengan menilai pasangannya dengan 4 perkara iaitu Hartanya, Keturunan, Kecantikan(rupa paras) dan Agama, aku fikir cintanya tidak buta.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday, July 3, 2009

Kenapa?

hari ni 03 july 09, aku ada jumpa ngan kawan2 aku nak setelkan pasal posting. sambil2 tu sembang-sembang laaaa pasal experince kt sekolah..... rata2 ktorg mempunyai masalah yang sama iaitu class control. mmg tidak dinafikan agak sukar bagi kami yang baru berjinak-jinak dalam bidang yang mencabar ini...... almaklumlah budak sekarang ni, kita nk sentuh pun tak boleh. kita nak mendidik diorang tapi keadaan semasa dan persekitaran yang menjadi penghalang dalam mendidik pelajar sekarang ni. Di sekolah, sebenarnya bukan semata-mata menekankan kepada akademik tetapi juga sahsiah pelajar itu sendiri. bak kata orang dulu-dulu "sayangkan anak, tangan-tangankan". mungkin ada yang menganggap aku menyalahkan parent semata-mata, mentang-mentanglah aku ni menuju kearah bidang pendidikan ini. sebenarnya keadaan ini juga dipengaruhi oleh sikap guru itu juga...... tp bukan semua guru dan parent perlu disalahkan....... jangan kerana sehelai rambut,habis tepung berselerak dan jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Birthday....

Kali ni aku bukan nk cite berkenaan rahsia tarikh lahir tapi siapa yang dilahirkan pada bulan julai ini. Aku terdetik nk tulis ni sejurus aku buka akunya frenster, biasalah kt frenster ada list birthday fren kita kan. dan satu yang aku perasan adalah ..... ish, ramainya kengkawan aku yg dilahirkan pada july niii. Yang x tahan..... dalam satu hari tu ada 3,4 orang pulak. Dalam minggu ni ajer dah 6 orang, mggu depan x tau lah. Klau nak kira mmg lah ramai yang lahir bulan july. Tp aku nk stresskan di sini, semua kawan2 aku ni adalah kawan yang dianggap baik jugaklah..... bknnya setakat kenal2 gitu je. klau yg gitu2 tu mungkin ramai lagi lah kot. Sebab bukan semua aku tahu birthday kawan2 aku ni. almaklumlah, org laki mana kisah sgt bende2 remeh-temeh macam ni. hehe.... ni hah adik aku dan anak sedara aku pun lahir bulan tujuh jugak. Memang setiap minggu dalam bulan july ni mmg kene sediakan hadiah memanjang (itu pun klau bagi hadiah........ rasanya tak kot, hehehee)
sebagai selingan..... kenapa kita suka sangat menyambut ulang tahun kelahiran dan bagaimanakah cara yang betul bagi menyambutnya? fk fkr kan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday, July 2, 2009

Lesson Plan

Malam ni aku kena siapkan 3 lesson plan...... haduh banyak tuu, ingat senang ke nak buat. kalau setakat buat L/Obj, L/OutC aku tak kisah sangat tapi nk kena buat step-step dia tu yang menjadi masalah. esok dah nak kene submit.....mata dah tak larat nak buat ni..... sempat ke siap ni, nak kene buat soalan comprehension lagi ni, lesson aku buat esok kot..... apa-apa hal aku mmg kena tidur malam. tak sanggup nk berjaga sampai ke pagi, karang pening kepala nak mengajar macam mana esok.... tambahan esok hari jumaat, waktu persekolahan pendek sket..... nak tak nak kene strugle mlm ni gak lah ni..... sabar je lah.... dah ini jalan aku pilih, hadapilah dengan tenang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday, June 30, 2009

June

Sepanjang bulan june tak banyak yang menarik buat diri aku cuma ada beberapa perkara baru iaitu blog ni sendiri. Ini merupakan blog pertama aku yang mana aku masih lagi dalam proses pembelajaran dalam penggunaan blog ini. Tambahan pula, aku bukanlah seorang yang minat dalam penulisan ni.... x tau kenapa.... why?. hmmm.... mungkin jiwa aku sudah disetup dengan lebih menjurus kepada teknikal atau matematikal. Memang ramai orang yang lebih kearah matematikal kurang berminat dalam membaca? tak tau laa fakta ni sahih ke tak. Tapi setakat aku buat pemerhatian dan sedikit temuramah, memang ia menyokong fakta tadi.
Dan pada bulan ini juga aku mula melatih diri aku sebagai seorang pendidik. Aku harap aku dapat merealisasikan falsafah pendidikan negara insyallah. Ada satu lagi perkara yang menarik berlaku pada bulan ini, tapi aku tak nak lagi hal tu....... ia seperti sudah tidak bermakna bagi aku lagi......
Ini saja coretan bagi bulan june ini..... syukran

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, June 27, 2009

Kecewa

Mengapa dengan kecewa? apa sebenarnya kecewa ataupun frust laaa. Tapi klau sebut je frust mesti ramai yg fikir clash ngan awek/pakwe lah tu. alah kecewa ni lumrah laaa, adat resam kehidupan yang mematangkan fikiran. Tapi ramai orang kecewa tidak tahu bagaimana hendak menanganinya, inilah yang menimbulkan masalah. Nak di simpan lama-lama pun x boleh jugak, so macam mana ni....

Tapi kekadang aku pun ada rasa kecewa, macam-macam hal yang membuatkan aku kecewa, tapi ada satu kecewa ni yang aku x faham sbb aku mcm confius aku kecewa untuk apa???? sbb tetiba rasa tak sedap hati yang bercampur dengan kecewa, aku pun x tau nak luahkan macam mana.

Kecewa, dikecewakan dan mengecewakan mmg aku dah merasai semua. kadang kala ia memberi kita motivasi dan ada juga melemahkan semangat kita. Dapatkah kita menyembunyikan kekecewaan daripada kawan2 kita..... hmmm, aku pun tak sure dapat ke tak.
Dan janganlah disebabkan kecewa, kita menghadapi tekanan hidup serta kemurungan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja...... nak kene buang kerja ke????

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, June 24, 2009

Luna Maya

Luna Maya – Suara (Ku Berharap)


di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

ooo

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu (aku menunggumu)
aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff [2x]

suara dengarkanlah aku

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday, June 23, 2009

Hari Pertama

22 jun 09 merupakan hari pertama aku kat Sek. Keb Leftenan Adnan, Sg Ramal, Kajang. Perasaan risau tu mmg lah ada, almaklumlah x der pengalaman lg kan.

pada hari pertama ni x der aper sgt cuma ada briefing sket2 jer dari gpk koko. ada la cite sket pasal latar belakang dan sejarah sekolah. hmmm sekolah ni ok jugak nampaknya. Dapat dilihat cikgu2 nya semua ramah-tamah dan baik.

Sekolah ni ada 2 sesi, pagi dan petang. Aku datang pagi dan dimaklumkan aku kena sesi petang bersama Ziha. Cikgu petang ada bagi jadual tapi satu je padahal kami berdua dan yang satu nya plak dgn minor PJ, aku mana amik option tu. So nak tak nak aku kena bincang balik ngan PK petang bersama cikgu yang terlibat. Tapi alang-alang dh sampai malas lak nk balik. So aku tggu sampai PK dan cikgu ptg datang lah.

So dlam kul 1.30, aku pegi pejabat untuk bertanyakan hal tersebut. GPK koko(yg uruskan pelatih) bersama PK petang bg tau yang jadual tu akan di bincang dengan guru yang terlibat. disebabkan aku tggu dari pagi, dia bagi aku balik dan berkenaan jadual dia akan bagi keesokan harinya. hmmm ok lah, aku pun balik.

Refleksi: sepanjang hari pertama di sekolah, suasananya sekolah nampak ok, pelajar-pelajarnya juga nampak sopan. guru-guru pun nampak baik. ini membantu mengurangkan kegusaran saya. so far ok

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday, June 19, 2009

Professor


Professor (prof secara singkat) boleh didefinisikan sebagai seseorang pakar, seorang guru senior, yang biasanya berkhidmat di institusi pendidikan perguruan tinggi ataupun universiti.

Tapi kali saya bukannya mahu bercakap berkenaan prof. tu, tetapi prof lain. Sebenarnya perkataan professor ini hanya dipinjam bagi menjelaskan ataupun atas keselesaan dan mungkin juga kesesuaian bagi topik yang akan dibincangkan nanti.
Isu yang akan dibincangkan adalah berkisar dalam diri seorang individu. Setiap individu dikatakan mempunyai 2 karakter yang dikenali professor kecil dan professor besar. naaaa.... terpulanglah kepada sesiapa yang mahu menggantikan istilah tersebut tapi yang jelasnya maksud adalah sama. professor kecil dan professor besar. apa bezanya antara professor2 ni?. betul ke setiap individu ada? mana faktanya?.
Sebenarnya, ianya simple je.... professor besar ni merupakan watak kita yang kita bawa sekarang ni iaitu seorang yang dewasa.... perangai org dewasa lah tu....
Then professor kecil ni, faham2 je lah....... ia merupakan watak kanak-kanak ataupun tingkah laku seperti keanakkan.
Jika anda ingin buktinya, senang sahaja, cuba anda perhatikan tingkah laku kawan anda. saya percaya anda akan mendapat buktinya disitu. walau serius mana sekalipun, individu itu tetap ada sifat2 kebudak-budakkan. x payah nk sorok2, mmg org akan perasan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Negara Bangsa

Negara Bangsa? apa tu...... ni istilahnya

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa" daripada "negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Pada zaman moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh dikelaskan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan. Negara-negera tersebut ialah:

  • Portugal: walaupun dikelilingi oleh negeri-negeri dan bangsa-bangsa lain, negara (bangsa) Portugis ini telah bertapak dalam bentuk yang lebih kurang sama sejak 900 tahun yang lalu.
  • Iceland: walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik Scandinavia yang lain, budaya dan bahasa kebangsaannya hanya terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik minoriti merentas sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh beribu-ribu batu.
  • Jepun: merupakan contoh tradisi yang menunjukkan sebuah negara bangsa dalam amalan, walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang lain.
di petik dr laman web (http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa)

Kenapakah pentingnya Bina Negara Bangsa? bersama kita fikirkan bersama

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday, June 18, 2009

Cuti-cuti malaysia

Pada cuti sek yang lepas(11-13 jun 09) aku sempat gak pegi jalan2 kat cameron highland selama 3 hari 2 malam.... Asalnya idea nk pegi sane tu.... main2 jer alih2 jadi... ok ar tuu.

Tipu laa... klau x excited nk pegi ni kan. Nama Cameron Highland ni dah famous sluruh dunia dgn hasil tanahnya ya sememangnya dapatlah dibanggakan jugak dan tak perlulah aku nyatakan di sini. Semua orang dah tahu.... (perhaps)

Aku bertolak dari rumah pada pagi khamis lebih kurang dalam pukul 9.00 pg bersama emak dan 4 orang adik aku. padat jugak laaa kete tu. tapi sekejap je sbb kitorang nak pegi umh Abe long dulu kat Gua Musang sebelum mendaku gunung ke Cameron tu.

Dalam kul 11 pg kitorang sampai kt Gua Musang. Lepak2 kejap (yeke kejap ni) pastu kitorang bergerak pada pukul 4.00 ptg.
Lama jugak kitorang mendaki menuju ke Cameron ni...... dari gua musang it's take about 3 hour. masa tu dah le hujan, tp sib baik tak lebat sangat dan ditambah dengan jalan yang tidak berapa memuaskan yg mempengaruhi perjalanan kami.
first time sampai, tak der la teruja sangat biasa jer. tp jln kt sane tu mmg best klau sesaper yang suka drift....jlan dia ala-ala dlm initial D. mencabar jugak sebagai seorang driver.....
selama tiga kat sane x der aper yang menarik sangat.... biasa-biasa jer. tak taulah klau ada tempat yg menarik aku tak pegi. antara tempat yang aku pegi Tea shop(ada ladang teh... bleh gak jenguk2 ladang teh tuu..), pasar malam kt brincang(tiap2 mlm ada sepanjang cuti sekolah), kea farm, kedai2 bunga dan kaktus. taman rama2 x sempat kitorang nk pegi.
malas nk shopping banyak2.... beli yang ala kadar jer. bkn nk pegi shopping sane pun just nk kenal tempat jer. tp kan, mentang2 cuti sekolah diorg up harga barangan semer jd mahal.... hampeh. biasanya x der lah mahal cengitu. itu dr kak ipar aku yg bg tau sbb dia keje kt sane. apepun ok lah, dpat juga merasa angin cameron highland walaupun x lah teruja sgt dan tak seperti yang aku harapkan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

first

hmmm.... aper aku nk tulis dlm blog ni...
x tau macam mane leh tergerak hati aku nk menulis blog. mmg blog sudah lama, tapi aku tak berminat pun nak punya blog sendiri. bkn ada byk masa pun nk bertenet apatah lagi nk menulis blog nii....heheheee....tak tau lah lepas ni ada lagi ke tak yang aku nak taipkan....
tgk skang ni pun dah tak der idea nak tulis ape, lagi pun waktu skang x sesuai aku nk menulis panjang. hehehehee alasan jer tu...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca