Ads 468x60px

,

Friday, July 17, 2009

Miliki Mental Yang Sihat


1: Luahkan / kongsi masalah dengan orang lain.
Cara ini membantu kita meredakan rasa stress, marah atau sedih dari terus terpendam di
dalam hati. Kadangkala dengan cara ini, perasaan syakwasangka dan buruk sangka terhadap
sesuatu masalah dapat diselesaikan.

2: Luaskan pergaulan.
Anda boleh mengambil langkah bertemu semula dengan kawan-kawan lama. Disamping itu,
cuba-cuba libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab. Fikiran anda akan lebih
terbuka disamping pelbagai pengalaman baru dapat dirasai.

3: Membaca. Penuhi waktu sebaik-baiknya.
Selain itu, anda juga boleh berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara,
jiran dan kawan

4: Jaga kesihatan diri.
Bersenam lah selalu. Selain itu makan lah makanan yang seimbang dan minum air yang
banyak.

5: Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.
Anda boleh melakukan aktiviti seperti bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar. Pastikan
diri sentiasa ceria/gembira.

6: Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa.
Luaskan pengetahuan dan pemikiran anda. Pelbagai input baru serta pengetahuan dapat
dipelajari dan dikongsi bersama.

7: Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek.
Cara ini membantu menguatkan fizikal, daya ingatan serta daya tumpuan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments:

Post a Comment