Ads 468x60px

,

Sunday, February 7, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA & BERCINTA SAMPAI KE SYURGA





Walaupun buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA' telah dikeluarkan pada April 2008 (Cetakan Pertama) dan Mei 2008 (Cetakan Kedua), manakala 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA' pada 2009, adalah tidak terlambat untuk kita membacanya ke arah membina kehidupan berkeluarga yang bahagia dan diredhai Allah. Kepada sahabat yang membaca post ini, dinasihatkan kepada anda untuk membeli buku ini. Untuk makluman lanjut bolehlah melawat laman web saifulislam.com iaitu penulis buku ini.

Seseorang yang telah membaca buku ini memberitahu aku bahawa isi kandungan buku ini amat sesuai dijadikan panduan dalam membina rumahtangga. Slogan yang sangat menarik dalam buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA' iaitu "...Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...". Sangat indah kata-kata itu. Kita sebagai manusia kadang-kala leka untuk bersyukur ke atas pemberian Allah. Bila kita tidak suka, kita komen. Bila kita suka, kita bangga. Apakah semua ini bukan dikatakan makhluk yang tidak tahu bersyukur.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi, terimalah dengan hati yang redha siapa yang akan menjadi pasangan hidup kita. Kita saling melengkapi pasangan kita dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tidak semestinya sebelum berumahtangga saja patut belajar ilmu rumahtangga, selepas berkahwin pun patut belajar lagi. Konsep pencarian ilmu itu adalah berterusan sehingga ke liang lahad. Tuntutan masa bekerja pada masa kini yang amat melelahkan menyebabkan kita alpa untuk terus mencari ilmu yang rumahtangga. Oleh yang demikian, selagi ada kemampuan, carilah ilmu itu. Ilmu tidak mencari kita, kita yang mencari ilmu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

AKU & GURU



Tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sangat mencabar terutamanya dalam mengahadapi kerenah anak murid yang diluar jangkaan kita. Aku mengajar subjek Bahasa Melayu,English, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Muzik di sekolah ini. Walaupun sepatutnya aku mengajar Matematik, namun atas sebab subjek Matematik diajar dalam bahasa Tamil untuk sekolah ini, maka terpaksalah aku mengajar subjek yang lain. Satu cabaran hebat untuk aku kerana tiada pengalaman untuk mengajar subjek-subjek yang berkenaan selain English. Hakikatnya, guru itu umpama lilin yang menerangi kehidupan orang lain.

Perumpaan seperti ini seringkali bermain di bibir manusia yang menghargai tugas guru. Harus diingat, jangan melihat sifat lilin yang sanggup membakar dirinya sendiri tetapi fokus utamanya adalah tahap pencahayaan lilin itu. Adakah cahaya itu terang atau malap? Seandainya terang, maka beruntunglah orang yang berada disekitar lilin itu. Manakala seandainya malap, harus diganti dengan lilin yang baru agar lilin itu tidak sia-sia membakar dirinya.

Awal bulan Februari (03/02/10) aku telah menerima surat daripada SPP untuk tindakan selanjutnya bagi menerima status DG41. Gaji pertamaku pula sudah ada pada Jumaat (04/02/10). Syukur kehadrat Ilahi kerana memberikanku kemudahan sekali lagi dalam menerima semua ini. Tidak lupa juga kepada seseorang yang membantuku dalam hal ini. Hidup kita di dunia ini bukanlah seorang. Ada teman yang akan membantu kita dalam mengharungi kehidupan di pentas dunia ini ketika kita tidak mampu untuk bergerak sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

TAKDIRKU DI JOHOR




Bulan 12 tahun 2009 meresahkan hatiku kerana sentiasa terfikir dimanakah aku akan bertugas selepas ini. Hari demi hari jari-jemari itu sentiasa mencari jawapan tanpa jemu. Seminggu sebelum pendaftaran guru-guru lepasan KPLI di sekolah masing-masing (04/01/10), aku semakin resah. Ramai rakan seperjuanganku telahpun mengetahui 'posting' di mana, tetapi aku masih lagi dalam penantian. Akhirnya pada 31/12/09 ketika mentari tegak di atas kepala,aku menerima panggilan telefon yang menyatakan bahawa aku ditempat kan di sekolah SJK(T)Jalan Haji Manan, Jalan Haji Manan, 86000 Kluang, Johor. Alhamdulillah. Lega hati ini walaupun sedikit gementar dan keliru. Tempat yang aku pohon sebelum ini Selangor, tetapi kenapa pula Johor? Inilah yang dikatakan takdir Allah. Takdir yang menentukan arah hidup kita untuk bertemu dengan suatu perkara yang terbaik.

Sabtu (02/01/10), aku telah tiba di Johor. Keadaan negeri yang sangat masyhur dengan cerita rakyat dahulu kala seperti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sangat indah. Pada hari ini juga aku telah bertemu dengan insan-insan yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku. Terharu seketika hati ini. Rumah sewa untuk aku tinggal telahpun berjaya dicari. Aku menarik nafas lega kerana urusan ke Johor dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Terima Kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang membantu aku.Jasa kalian amat aku hargai.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca