Ads 468x60px

,

Sunday, February 7, 2010

TAKDIRKU DI JOHOR




Bulan 12 tahun 2009 meresahkan hatiku kerana sentiasa terfikir dimanakah aku akan bertugas selepas ini. Hari demi hari jari-jemari itu sentiasa mencari jawapan tanpa jemu. Seminggu sebelum pendaftaran guru-guru lepasan KPLI di sekolah masing-masing (04/01/10), aku semakin resah. Ramai rakan seperjuanganku telahpun mengetahui 'posting' di mana, tetapi aku masih lagi dalam penantian. Akhirnya pada 31/12/09 ketika mentari tegak di atas kepala,aku menerima panggilan telefon yang menyatakan bahawa aku ditempat kan di sekolah SJK(T)Jalan Haji Manan, Jalan Haji Manan, 86000 Kluang, Johor. Alhamdulillah. Lega hati ini walaupun sedikit gementar dan keliru. Tempat yang aku pohon sebelum ini Selangor, tetapi kenapa pula Johor? Inilah yang dikatakan takdir Allah. Takdir yang menentukan arah hidup kita untuk bertemu dengan suatu perkara yang terbaik.

Sabtu (02/01/10), aku telah tiba di Johor. Keadaan negeri yang sangat masyhur dengan cerita rakyat dahulu kala seperti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sangat indah. Pada hari ini juga aku telah bertemu dengan insan-insan yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku. Terharu seketika hati ini. Rumah sewa untuk aku tinggal telahpun berjaya dicari. Aku menarik nafas lega kerana urusan ke Johor dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Terima Kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka yang membantu aku.Jasa kalian amat aku hargai.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments:

Post a Comment