Ads 468x60px

,

Sunday, February 7, 2010

AKU & GURU



Tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sangat mencabar terutamanya dalam mengahadapi kerenah anak murid yang diluar jangkaan kita. Aku mengajar subjek Bahasa Melayu,English, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Muzik di sekolah ini. Walaupun sepatutnya aku mengajar Matematik, namun atas sebab subjek Matematik diajar dalam bahasa Tamil untuk sekolah ini, maka terpaksalah aku mengajar subjek yang lain. Satu cabaran hebat untuk aku kerana tiada pengalaman untuk mengajar subjek-subjek yang berkenaan selain English. Hakikatnya, guru itu umpama lilin yang menerangi kehidupan orang lain.

Perumpaan seperti ini seringkali bermain di bibir manusia yang menghargai tugas guru. Harus diingat, jangan melihat sifat lilin yang sanggup membakar dirinya sendiri tetapi fokus utamanya adalah tahap pencahayaan lilin itu. Adakah cahaya itu terang atau malap? Seandainya terang, maka beruntunglah orang yang berada disekitar lilin itu. Manakala seandainya malap, harus diganti dengan lilin yang baru agar lilin itu tidak sia-sia membakar dirinya.

Awal bulan Februari (03/02/10) aku telah menerima surat daripada SPP untuk tindakan selanjutnya bagi menerima status DG41. Gaji pertamaku pula sudah ada pada Jumaat (04/02/10). Syukur kehadrat Ilahi kerana memberikanku kemudahan sekali lagi dalam menerima semua ini. Tidak lupa juga kepada seseorang yang membantuku dalam hal ini. Hidup kita di dunia ini bukanlah seorang. Ada teman yang akan membantu kita dalam mengharungi kehidupan di pentas dunia ini ketika kita tidak mampu untuk bergerak sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

  1. best la kalo dah dpt gaji.... bolehlah belanja aku g joe ha ha

    ReplyDelete