Ramai yang datang ke ajen insurans bertanyakan " berapa insurance kereta saya termasuk roadtax". Saya agak pelik, ada juga ajen insurans yang tak tahu nak kira kadar insurans kereta secara manual. Semua nk online, nk mintak no enjin n chasis dulu. Padahal leh je kira manual.
Disini saya sedia beberapa kaedah untuk menghitung kadar yang akan dikenakan ketika memperbaharui Insurans dan cukai jalan yang mungkin boleh membantu.
1. Boleh gunakan kaedah pengiraan secara online. Banyak website insurance menyediakan perkhidmatan ini cthnya:
d) dan byk lagi
2. Kira sendiri
Formula
Jum Perlu dibayar =
(Jum Coverage x 0.026) + Basic Coverage Sub Total - NCD + Duty Stamp + Cukai Jalan
Petunjuk:
- Basic Coverage Sub Tota :
cc kereta
0 - 1400 -------------- RM 225.20
1400 - 1650 -------------- RM 251.50
1651 - 2200 -------------- RM 277.90
2201 - 3050 -------------- RM 304.20
3051 - 4100 -------------- RM 330.50
4101 - 4250 -------------- RM 356.80
4251 - 4400 -------------- RM 383.20
4401 dan keatas -------------- RM 409.50
- NCD = Non Claim Discount
Thn pertama = 25 %
Thn ke-2 = 30 %
Thn ke-3 = 38.33 %
Thn ke-4 = 45 %
Thn ke-5 dan keatas =55 %
- Duty Stamp = RM10
- Cukai Jalan
Motokar Saloon Persendirian Milik Individu (Motokar/MUV) jenis Petrol
1000 cc dan kebawah = RM 20
1001 cc - 1200 cc = RM55
1201 cc - 1400 cc =
RM 70
1401cc -1600 cc =
RM 90
(jika tiada dalam senarai diatas, boleh semak disini)
* jika terdapat sebarang kesilapan atau ketidaksahihan, harap dimaafi
Info tambahan sili klik disini
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca