Ads 468x60px

,

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

Walau raya dah berlalu tp masih dalam feel raya lagi ni....hahhhaaa
Raya tahun ni banyak peristiwa yang berlaku dan ia cukup berbeza dgn thn2 yang lain. Jadual raya mmg penuh bermula raya pertama hingga raya ke-5..... kebiasaannya, raya ke-2 dh duk umh. x beraya kt mana mana pun

Raya tahun ni aku dapat seorang lagi anak buah. Pada hari raya ke3 baby boy dilahirkan di hospital tanah merah..... dr besut nk ke tanah merah punya lah lama.... hampir 3 jam setengah rasanya aku drive dr umh kehospital tu.... maklumlah hari raya, jln penuh ngan kete, pastu ditambah lagi dengan yang buat kenduri kawen. ooooiiiii lenguh gak kaki, almaklumlah kete manual......

Raya tahun ni juga amat bermakna bagi aku dan ada kisah2 yang membuatkan aku merasa bahagia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sunday, September 13, 2009

Madah Kehidupan

Puisi adalah hasil nukilan seseorang yang cukup baik hatinya. Terima kasih diucapkan menghasilkan puisi ini untuk aku. Kita hargainya..... maceh.
Firasat kala gertak andaian resah.


Sinaran itu terpancar ketika tirai dibuka,
Mengizinkan kehidupan baru buat penghuni alam,
Yang kadangkala leka dalam dilema,
Sehingga kehidupan itu menjadi suram...
Bertemankan sekeping hati mengharungi jalan,
Permata dan kaca bertaburan di singgah sana,
Seperti unggas yg hinggap di atas dahan,
Menanti sesuatu keindahan yg selalunya ada...
Indah madah bicara hiasan kata,
Menghukum alam dengan seribu andaian,
Berlabuhlah sebuah harapan dan impian,
Hilang lenyap tanpa dipayungi kekuatan..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini, saya menyusun kata memohon maaf pada semua yang view blog yang tak seberapa ni....... sesungguhnya manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, September 9, 2009

Mencanting Batik

Hari ini aku dapat satu pengalaman baru di sekolah. Disebabkan tiada pengajaran dan pembelajaran selama tiga hari, aku bersama beberapa orang guru praktikal dan guru sekolah leftenan adnan berkesempatan untuk melakukan aktivit mencanting batik.... ternyata bukan senang untuk melakukanya....

Ini adalah antara bahan dan alatan yang digunaka untuk mencanting.
































Ini capture memory yg bleh aku kongsi bersama
















inilah hasilnya selama 2 jam kami bertungkus lumus membuatnya... esok kami akan sambung lagi untuk melakukan kemasan

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Monday, September 7, 2009

Terasa

Hari ni aku terasa dengan kata-kata dr salah seorang kawan aku....... sbg seorg manusia biasalah tu kan.... aper pun x elok disimpan dalam hati. Biarlah ia setakat arini je.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca