Ads 468x60px

,

Tuesday, June 30, 2009

June

Sepanjang bulan june tak banyak yang menarik buat diri aku cuma ada beberapa perkara baru iaitu blog ni sendiri. Ini merupakan blog pertama aku yang mana aku masih lagi dalam proses pembelajaran dalam penggunaan blog ini. Tambahan pula, aku bukanlah seorang yang minat dalam penulisan ni.... x tau kenapa.... why?. hmmm.... mungkin jiwa aku sudah disetup dengan lebih menjurus kepada teknikal atau matematikal. Memang ramai orang yang lebih kearah matematikal kurang berminat dalam membaca? tak tau laa fakta ni sahih ke tak. Tapi setakat aku buat pemerhatian dan sedikit temuramah, memang ia menyokong fakta tadi.
Dan pada bulan ini juga aku mula melatih diri aku sebagai seorang pendidik. Aku harap aku dapat merealisasikan falsafah pendidikan negara insyallah. Ada satu lagi perkara yang menarik berlaku pada bulan ini, tapi aku tak nak lagi hal tu....... ia seperti sudah tidak bermakna bagi aku lagi......
Ini saja coretan bagi bulan june ini..... syukran

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday, June 27, 2009

Kecewa

Mengapa dengan kecewa? apa sebenarnya kecewa ataupun frust laaa. Tapi klau sebut je frust mesti ramai yg fikir clash ngan awek/pakwe lah tu. alah kecewa ni lumrah laaa, adat resam kehidupan yang mematangkan fikiran. Tapi ramai orang kecewa tidak tahu bagaimana hendak menanganinya, inilah yang menimbulkan masalah. Nak di simpan lama-lama pun x boleh jugak, so macam mana ni....

Tapi kekadang aku pun ada rasa kecewa, macam-macam hal yang membuatkan aku kecewa, tapi ada satu kecewa ni yang aku x faham sbb aku mcm confius aku kecewa untuk apa???? sbb tetiba rasa tak sedap hati yang bercampur dengan kecewa, aku pun x tau nak luahkan macam mana.

Kecewa, dikecewakan dan mengecewakan mmg aku dah merasai semua. kadang kala ia memberi kita motivasi dan ada juga melemahkan semangat kita. Dapatkah kita menyembunyikan kekecewaan daripada kawan2 kita..... hmmm, aku pun tak sure dapat ke tak.
Dan janganlah disebabkan kecewa, kita menghadapi tekanan hidup serta kemurungan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja...... nak kene buang kerja ke????

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday, June 24, 2009

Luna Maya

Luna Maya – Suara (Ku Berharap)


di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

ooo

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu (aku menunggumu)
aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff [2x]

suara dengarkanlah aku

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday, June 23, 2009

Hari Pertama

22 jun 09 merupakan hari pertama aku kat Sek. Keb Leftenan Adnan, Sg Ramal, Kajang. Perasaan risau tu mmg lah ada, almaklumlah x der pengalaman lg kan.

pada hari pertama ni x der aper sgt cuma ada briefing sket2 jer dari gpk koko. ada la cite sket pasal latar belakang dan sejarah sekolah. hmmm sekolah ni ok jugak nampaknya. Dapat dilihat cikgu2 nya semua ramah-tamah dan baik.

Sekolah ni ada 2 sesi, pagi dan petang. Aku datang pagi dan dimaklumkan aku kena sesi petang bersama Ziha. Cikgu petang ada bagi jadual tapi satu je padahal kami berdua dan yang satu nya plak dgn minor PJ, aku mana amik option tu. So nak tak nak aku kena bincang balik ngan PK petang bersama cikgu yang terlibat. Tapi alang-alang dh sampai malas lak nk balik. So aku tggu sampai PK dan cikgu ptg datang lah.

So dlam kul 1.30, aku pegi pejabat untuk bertanyakan hal tersebut. GPK koko(yg uruskan pelatih) bersama PK petang bg tau yang jadual tu akan di bincang dengan guru yang terlibat. disebabkan aku tggu dari pagi, dia bagi aku balik dan berkenaan jadual dia akan bagi keesokan harinya. hmmm ok lah, aku pun balik.

Refleksi: sepanjang hari pertama di sekolah, suasananya sekolah nampak ok, pelajar-pelajarnya juga nampak sopan. guru-guru pun nampak baik. ini membantu mengurangkan kegusaran saya. so far ok

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday, June 19, 2009

Professor


Professor (prof secara singkat) boleh didefinisikan sebagai seseorang pakar, seorang guru senior, yang biasanya berkhidmat di institusi pendidikan perguruan tinggi ataupun universiti.

Tapi kali saya bukannya mahu bercakap berkenaan prof. tu, tetapi prof lain. Sebenarnya perkataan professor ini hanya dipinjam bagi menjelaskan ataupun atas keselesaan dan mungkin juga kesesuaian bagi topik yang akan dibincangkan nanti.
Isu yang akan dibincangkan adalah berkisar dalam diri seorang individu. Setiap individu dikatakan mempunyai 2 karakter yang dikenali professor kecil dan professor besar. naaaa.... terpulanglah kepada sesiapa yang mahu menggantikan istilah tersebut tapi yang jelasnya maksud adalah sama. professor kecil dan professor besar. apa bezanya antara professor2 ni?. betul ke setiap individu ada? mana faktanya?.
Sebenarnya, ianya simple je.... professor besar ni merupakan watak kita yang kita bawa sekarang ni iaitu seorang yang dewasa.... perangai org dewasa lah tu....
Then professor kecil ni, faham2 je lah....... ia merupakan watak kanak-kanak ataupun tingkah laku seperti keanakkan.
Jika anda ingin buktinya, senang sahaja, cuba anda perhatikan tingkah laku kawan anda. saya percaya anda akan mendapat buktinya disitu. walau serius mana sekalipun, individu itu tetap ada sifat2 kebudak-budakkan. x payah nk sorok2, mmg org akan perasan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Negara Bangsa

Negara Bangsa? apa tu...... ni istilahnya

Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. "Negara" (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala "bangsa" ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah "negara bangsa" menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai - yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.

Akibat kekaburan dalam perkataan "negara", istilah "negara bangsa" kadangkala disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara berdaulat, samada sempadan politiknya menyamai sempadan-sempadan etnik mahupun budayanya. Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan "negara bangsa" daripada "negara" (negeri) yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan, seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Pada zaman moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh dikelaskan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan. Negara-negera tersebut ialah:

  • Portugal: walaupun dikelilingi oleh negeri-negeri dan bangsa-bangsa lain, negara (bangsa) Portugis ini telah bertapak dalam bentuk yang lebih kurang sama sejak 900 tahun yang lalu.
  • Iceland: walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik Scandinavia yang lain, budaya dan bahasa kebangsaannya hanya terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik minoriti merentas sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh beribu-ribu batu.
  • Jepun: merupakan contoh tradisi yang menunjukkan sebuah negara bangsa dalam amalan, walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang lain.
di petik dr laman web (http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa)

Kenapakah pentingnya Bina Negara Bangsa? bersama kita fikirkan bersama

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday, June 18, 2009

Cuti-cuti malaysia

Pada cuti sek yang lepas(11-13 jun 09) aku sempat gak pegi jalan2 kat cameron highland selama 3 hari 2 malam.... Asalnya idea nk pegi sane tu.... main2 jer alih2 jadi... ok ar tuu.

Tipu laa... klau x excited nk pegi ni kan. Nama Cameron Highland ni dah famous sluruh dunia dgn hasil tanahnya ya sememangnya dapatlah dibanggakan jugak dan tak perlulah aku nyatakan di sini. Semua orang dah tahu.... (perhaps)

Aku bertolak dari rumah pada pagi khamis lebih kurang dalam pukul 9.00 pg bersama emak dan 4 orang adik aku. padat jugak laaa kete tu. tapi sekejap je sbb kitorang nak pegi umh Abe long dulu kat Gua Musang sebelum mendaku gunung ke Cameron tu.

Dalam kul 11 pg kitorang sampai kt Gua Musang. Lepak2 kejap (yeke kejap ni) pastu kitorang bergerak pada pukul 4.00 ptg.
Lama jugak kitorang mendaki menuju ke Cameron ni...... dari gua musang it's take about 3 hour. masa tu dah le hujan, tp sib baik tak lebat sangat dan ditambah dengan jalan yang tidak berapa memuaskan yg mempengaruhi perjalanan kami.
first time sampai, tak der la teruja sangat biasa jer. tp jln kt sane tu mmg best klau sesaper yang suka drift....jlan dia ala-ala dlm initial D. mencabar jugak sebagai seorang driver.....
selama tiga kat sane x der aper yang menarik sangat.... biasa-biasa jer. tak taulah klau ada tempat yg menarik aku tak pegi. antara tempat yang aku pegi Tea shop(ada ladang teh... bleh gak jenguk2 ladang teh tuu..), pasar malam kt brincang(tiap2 mlm ada sepanjang cuti sekolah), kea farm, kedai2 bunga dan kaktus. taman rama2 x sempat kitorang nk pegi.
malas nk shopping banyak2.... beli yang ala kadar jer. bkn nk pegi shopping sane pun just nk kenal tempat jer. tp kan, mentang2 cuti sekolah diorg up harga barangan semer jd mahal.... hampeh. biasanya x der lah mahal cengitu. itu dr kak ipar aku yg bg tau sbb dia keje kt sane. apepun ok lah, dpat juga merasa angin cameron highland walaupun x lah teruja sgt dan tak seperti yang aku harapkan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

first

hmmm.... aper aku nk tulis dlm blog ni...
x tau macam mane leh tergerak hati aku nk menulis blog. mmg blog sudah lama, tapi aku tak berminat pun nak punya blog sendiri. bkn ada byk masa pun nk bertenet apatah lagi nk menulis blog nii....heheheee....tak tau lah lepas ni ada lagi ke tak yang aku nak taipkan....
tgk skang ni pun dah tak der idea nak tulis ape, lagi pun waktu skang x sesuai aku nk menulis panjang. hehehehee alasan jer tu...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca